WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Isnin, 9 Julai 2012

Ihtifal KAFA Zon A Daerah Seremban

 

Kafa 1

SRI As-Sa'idiyyah telah menghantar 23 orang pelajar untuk menyertai Majlis Ihtifal Kelas Al-Qur'an dan Fardhu 'Ain (KAFA) Zon A Daerah Seremban pada 30 Jun 2012 (Sabtu) yang lalu. Sebanyak 30 Kelas KAFA telah terlibat.

Daripada 23 orang peserta yang dihantar telah melibatkan diri ke dalam semua acara yang dipertandingkan.

Tempat Pertama [JOHAN] yang disandang SRIAS ialah ;

1-Syarahan (L) - Muhammad Mursyid bin Mohammad Hussaini

2- Syarahan (P) - Wafa' binti Zainurrashid

3- Hafazan (P) - Nasrin Aribah binti Mohammad Salimin

Alhamdulillah di atas kejayaan yang dikecapi anak didik SRIAS. Peringkat seterusnya akan dipertandingkan di peringkat daerah bagi tempat pertama dan kedua. Insya Allah, semoga berjaya dan akan layak menyertai ke peringkat Kebangsaan pula yang akan dianjurkan oleh JAKIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters