WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Isnin, 9 Julai 2012

Sukan Tahunan 2012

00101

Tarikh : 14 Julai 2012

Hari    : Sabtu

Masa   : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (SMK KGV) [bersebelahan Pejabat Pos Besar, Seremban]

MAKLUMAN ;

1- Latihan sukan akan bermula pada 9 Julai 2012 (Isnin) hingga 13 Julai 2012 (Jumaat).

i) Semua pelajar hendaklah berpakaian sukan dari rumah dalam tempoh masa latihan sukan.

-Tahun 1 dan 2 berbaju sukan sekolah (berwarna oren) atau berbaju t-shirt putih dan berseluar tracksuit hitam atau biru gelap.

-Tahun 3,4,5 dan 6 berbaju sukan sekolah (berwarna oren) atau baju TKRS(M) atau t-shirt putih dan berseluar tracksuit hitam atau biru gelap.

* Bagi pelajar yang masih belum ada baju sukan sekolah (berwarna oren) bagi [tahun 1 dan 2] atau baju TKRS(M) bagi [tahun 3 hingga 6] bolehlah   mendapatkannya di kedai sekolah.

2- Sesi latihan akan dijalankan pada 8.10 pagi hingga 10.10 pagi. Pelajar hanya perlu membawa buku sekolah mengikut jadual selepas rehat sahaja.

3- Bagi pelajar yang mengikuti Kelas Al-Qur'an dan Fardhu 'Ain (KAFA) pada sesi petang berjalan seperti biasa.

Tuan/puan ibu /bapa /penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan hari sukan sekolah pada 14 Julai 2012 (Sabtu) nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters