WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Khamis, 3 Mei 2012

Program 3S–Senyum Sapa dan Salam

IMG_0128

Surau Al-Amin,30 April – Satu program yang dinamakan 3S telah diadakan di Surau Al-Amin, Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah. Program ini adalah satu kempen Senyum, Sapa dan Salam anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah. Majlis pelancaran Kempen 3S ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Halim bin Yusoff yang merupakan Ahli Lembaga Pengelola (ALP) SRI As-Sa’idiyyah.

Kempen 3S ini juga adalah satu program yang akan digerakkan secara berterusan untuk menggalakkan dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan sesama warga SRIAS dan juga masyarakat.

Juga dalam kempen perlancaran ini telah ditayangkan video yang mendidik dan menggalakkan 3S.

IMG_0092

Wajah-wajah ceria anak didik SRIAS

 

.IMG_0139

Beberapa orang pelajar menjadi icon senyum.

 

Juga boleh melihat video di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters