WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Khamis, 22 Julai 2010

Ceramah Juvana dan "Bapa Angkat".

Pada jam 2.30 semalam, Rabu bersamaan 21 Julai piak PDRM dari IPD Seremban 2 telah hadir ke SRIAS untuk menyampaikan ceramah Juvana. Ceramah Juvana ini telah disampaikan oleh Sarjan Mejar (SM) Umi Kalsum dari Bahagian Hal Ehwal Awam, IPD Seremban2.
 Isi-isi ceramah adalah seperti berikut;
*Keselamatan jalan raya
*Jenayah buang bayi
*Narkotik(dadah)
*Jenayah Jalanan (ragut)

SM Umi Kalsum memulakan Ceramah Juvana.


Murid-murid SRIAS sedang tekun mendengar ceramah.


Antara pameran yang dipaparkan atas kecuaian di jalan raya dan kes-kes juvana.


Inilah padahnya apabila leka semasa memandu. نعوذبالله.....الخ


Lagi kemalangan menyayat hati dipamerkan.
"Pelik juga kemalangan macam ni!!......".


Seorang murid disoal dalam ceramah menguji kefahaman isi yang disampaikan.
"Dapat jawab tak tu?!....."


"BAPA ANGKAT SRI As-Sa'idiyyah".
Sarjan Mejar (SM) Razali bin Baharudin memperkenalkan diri dari IPD Seremban2 
sebagai Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Rahang,Seremban.
 

 Menikmati juadah jamuan ringan selepas ceramah.


Cenderahati buat "Bapa angkat SRIAS".

Kenang-kenangan untuk pihak sekolah diterima oleh Mu'allimah Haliza,GPK Ko-Kurikulum.
Ceramah selesai pada jam 4.00petang. Semoga ceramah Juvana yangh disampaikan banyak memberikan kesedaran dan motivasi buat semua yang hadir mendengarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters