WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Khamis, 22 Julai 2010

Ceramah Juvana dan "Bapa Angkat".

0 ulasan
Pada jam 2.30 semalam, Rabu bersamaan 21 Julai piak PDRM dari IPD Seremban 2 telah hadir ke SRIAS untuk menyampaikan ceramah Juvana. Ceramah Juvana ini telah disampaikan oleh Sarjan Mejar (SM) Umi Kalsum dari Bahagian Hal Ehwal Awam, IPD Seremban2.
 Isi-isi ceramah adalah seperti berikut;
*Keselamatan jalan raya
*Jenayah buang bayi
*Narkotik(dadah)
*Jenayah Jalanan (ragut)

SM Umi Kalsum memulakan Ceramah Juvana.


Murid-murid SRIAS sedang tekun mendengar ceramah.


Antara pameran yang dipaparkan atas kecuaian di jalan raya dan kes-kes juvana.


Inilah padahnya apabila leka semasa memandu. نعوذبالله.....الخ


Lagi kemalangan menyayat hati dipamerkan.
"Pelik juga kemalangan macam ni!!......".


Seorang murid disoal dalam ceramah menguji kefahaman isi yang disampaikan.
"Dapat jawab tak tu?!....."


"BAPA ANGKAT SRI As-Sa'idiyyah".
Sarjan Mejar (SM) Razali bin Baharudin memperkenalkan diri dari IPD Seremban2 
sebagai Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Rahang,Seremban.
 

 Menikmati juadah jamuan ringan selepas ceramah.


Cenderahati buat "Bapa angkat SRIAS".

Kenang-kenangan untuk pihak sekolah diterima oleh Mu'allimah Haliza,GPK Ko-Kurikulum.
Ceramah selesai pada jam 4.00petang. Semoga ceramah Juvana yangh disampaikan banyak memberikan kesedaran dan motivasi buat semua yang hadir mendengarnya.

Denggi...

0 ulasan
SRIAS,16 Julai- Satu ceramah kesihatan telah diadakan di Dewan SRIAS yang bertajuk Nyamuk Aedes dan Demam denggi yang telah disampaikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Seremban.

Ceramah Denggi sedang disampaikan Dr Mustafa.


Murid-murid dan guru sedang memdengar ceramah yang disampaikan.

Dalam ceramah tersebut, antara yang dapat dipetik ialah nyamuk jantan tidak menghisap darah, yang menghisap darah hanyalah nyamuk betina. Apa-apa pun, kebersihan persekitan perlulah dijaga bagi mengelakkan pembiakan nyamuk. Jadi langkah-langkah yang telah diambil untuk mengelakkan dari terkena denggi telah dilakukan.

Rabu, 14 Julai 2010

Anugerah Cemerlang UPKK dari PM

0 ulasan
Berkaitan catatan lampau di sini , dimasukkan gambar-gambar sewaktu penganugerahan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak kepada 10 orang Pelajar Cemerlang UPKK seluruh negara.

Majlis Perjumpaan Guru KAFA Peringkat Kebangsaan 2010.



Antara 10 pelajar cemerlang UPKK.


Adik Farzana binti Omar antara sepuluh yang terbaik dari Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah.


Bersama guru pengiring, Mu'allimah Rohayah binti Rasol.

Ahad, 4 Julai 2010

Majlis Bacaan YASIN Sempena SPPM

0 ulasan
Murid tahun 6 bakal menduduki peperiksaan Sijil Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) 
pada Isnin ini -5 Julai 2010. Sehubungan dengan itu, pada 2 Julai 2010 lalu,telah diadakan majlis bacaan surah YASIN memohon kepada ALLAH S.W.T agar anak-anak didik dipermudahkan dalam menduduki peperiksaan ini dan mendapat kejayaan di dunia dan  di akhirat. Majlis ini telah berjalan dengan lancar di atas peranan dan komitmen yang diberikan oleh guru-guru,ibubapa dan murid-murid tahun 6. 
Dalam kesempatan ini juga,telah diadakan tahlil ringkas di atas musibah yang telah berlaku pada adik Auni, bapa murid (En. Mohamad) dan juga buat LPS Dr.Ahmad Basri.
Berikut adalah tugasan yang diberikan:

IMAM MAGHRIB/IMAM SOLAT SUNAT HAJAT/MEMIMPIN BACAAN YASIN
Mu'allim Syafrudin Bin Umar

IMAM SOLAT ISYA'
Mu'allim Mohd Farhan Bin Abd Rahman Nazri

CERAMAH MOTIVASI(Jemputan)
En Shamsuri


En.Shamsuri menyampaikan ceramah motivasi selepas selesai bacaan YASIN.


Hadirin khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.



Apa ada dengan nama anak?? Besar dan dan tinggi harapan ibubapa.....


Soal-selidik-apa ada dengan nama? Anak dan bapa....


Bapa kepada adik Auni mendapat sumbangan derma
yang disampaikan oleh pengerusi PIBG, En. Hasri. 

Majlis telah diakhiri dengan menjamu juadah ..


Suasana yang harmoni antara guru-guru dan ibubapa..

Khamis, 1 Julai 2010

Ucapan Takziah

0 ulasan
Satu laporan lagi berkenaan dengan catatan lampau, di masa cuti semester satu yang lalu, seorang murid dari kelas 4 AR-RAZI, NUR AUNI ATHIRAH BINTI NORZAIDI  telah meninggal dunia akibat sakit perut sebagaimana laporan yang diterima.
Semoga adik Auni dicucuri rahmat. Ucapan takziah kepada keluarga beliau.
Mari sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah....
free counters