WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Ahad, 4 Julai 2010

Majlis Bacaan YASIN Sempena SPPM

Murid tahun 6 bakal menduduki peperiksaan Sijil Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) 
pada Isnin ini -5 Julai 2010. Sehubungan dengan itu, pada 2 Julai 2010 lalu,telah diadakan majlis bacaan surah YASIN memohon kepada ALLAH S.W.T agar anak-anak didik dipermudahkan dalam menduduki peperiksaan ini dan mendapat kejayaan di dunia dan  di akhirat. Majlis ini telah berjalan dengan lancar di atas peranan dan komitmen yang diberikan oleh guru-guru,ibubapa dan murid-murid tahun 6. 
Dalam kesempatan ini juga,telah diadakan tahlil ringkas di atas musibah yang telah berlaku pada adik Auni, bapa murid (En. Mohamad) dan juga buat LPS Dr.Ahmad Basri.
Berikut adalah tugasan yang diberikan:

IMAM MAGHRIB/IMAM SOLAT SUNAT HAJAT/MEMIMPIN BACAAN YASIN
Mu'allim Syafrudin Bin Umar

IMAM SOLAT ISYA'
Mu'allim Mohd Farhan Bin Abd Rahman Nazri

CERAMAH MOTIVASI(Jemputan)
En Shamsuri


En.Shamsuri menyampaikan ceramah motivasi selepas selesai bacaan YASIN.


Hadirin khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.



Apa ada dengan nama anak?? Besar dan dan tinggi harapan ibubapa.....


Soal-selidik-apa ada dengan nama? Anak dan bapa....


Bapa kepada adik Auni mendapat sumbangan derma
yang disampaikan oleh pengerusi PIBG, En. Hasri. 

Majlis telah diakhiri dengan menjamu juadah ..


Suasana yang harmoni antara guru-guru dan ibubapa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters