WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Ahad, 14 Mac 2010

SRIAS seimbang kepentingan akademik, kokurikulum.

SEREMBAN: Keruntuhan moral di kalangan generasi muda mendorong pengurusan Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah (SRIAS) di Senawang memberi penekanan kepada aspek pendidikan Islam bagi melahirkan pelajar cemerlang bukan saja dari segi pencapaian akademik malah kokurikulum.

Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah itu, Prof Madya Badlishah Sham Baharin, berkata SRIAS bimbang dengan gejala tidak sihat di kalangan generasi muda menyebabkan pihaknya memberikan penekanan kepada pendidikan Islam bersepadu bagi menyediakan pelajar mempunyai asas agama yang kuat.“Bagaimanapun, pihak SRIAS memberi penekanan kepada bidang kokurikulum dengan setiap murid diberikan galakan membabitkan diri dalam bidang yang mereka minati. “Ia selaras usaha melahirkan pelajar seimbang, mendapatkan didikan sempurna dari segi asas ilmu agama dan mampu membina sahsiah diri yang baik,” katanya ketika ditemui pada program sukan tahunan SRIAS di Pusat Sukan Paroi, dekat sini, baru-baru ini, yang turut dihadiri Guru Besar SRIAS, Norhayati Baharom.

Antara acara sukan diadakan pada program berkenaan termasuk tradisional seperti menarik upeh. Badlishah Sham berkata, selain aktiviti dalam kawasan sekolah, pihaknya mengadakan aktiviti di luar antaranya perkhemahan, jambori, kawad kaki, aktiviti lasak serta persembahan kebudayaan oleh kelab dan persatuan.

“Hasrat kami membantu kerajaan melahirkan generasi masa depan yang kuat pegangan agama, selain mempunyai daya saing dan ketahanan membolehkan mereka berupaya menyahut cabaran dalam membina masa depan cemerlang,” katanya.

PETIKAN HARIAN METRO,12/3/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters