WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Isnin, 15 Mac 2010

PENGENALAN SEKOLAH

Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah SRIAS adalah merupakan lanjutan kepada sebuah Sekolah Agama Rakyat yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 yang dikenali sebagai Sekolah Agama (Rakyat) As-Sa’idiyyah 
Penubuhan SRIAS adalah berteraskan kepada konsep pendidikan Islam yang bersepadu antara KBSR & Agama di samping itu aspek pembangunan nilai-nilai murni juga tidak diabaikan.  
Para murid akan dinilai secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran di SRIAS bagi mempastikan perkembangan rohani dan jasmaninya terus cemerlang  sesuai dengan tahap umur dan pemikiran murid itu sendiri. 
Para murid juga akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPPM dan akan dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran berserta sijil yang berkaitan sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. 
Bagi memenuhi sambutan menggalakan dan keperluan untuk system pengurusan yang lebih professional maka Lembaga Pengelola Sekolah telah bersetuju untuk mendaftarkan sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan (Syarikat Berhad Dengan Jaminan) Yang dipanggil Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah Berhad pada 29hb. September 1999 sebagai pemilik SRIAS. 



NO. PENDAFTARAN (JHEAINS)
41-39/89 Sekolah Rendah Agama (Rakyat) As-Sa’idiyyah 


MOTO 
 "نحو الجيل الصالح" Ke arah melahirkan generasi yang soleh 



MISI
Memperkasakan Pendidikan Islam sebagai asas pembentukan murid  ke arah melahirkan generasi Rabbani. 



VISI
Menjadikan sebuah Sekolah Rendah Islam pilihan utama oleh masyarakat di Negeri Sembilan. 

MATLAMAT
  • Melahirkan murid yang beriman, berilmu dan beramal soleh.
  • Meningkatkan keperibadian mulia di kalangan murid
  • Menjadikan murid sebagai contoh ikutan dikalangan masyarakat



KEISTIMEWAAN
  • Kadar yuran yang berpatutan.
  • Persekitaran yang Islamik dan selamat
  • Penumpuan terhadap amalan Islam  yang sahih.
  • Peningkatan kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran
  • Penekanan terhadap kemahiran Bahasa Arab dan tulisan jawi
  • Penguasaan ilmu-ilmu Islam seperti Akidah, Fikah, Akhlak & Sirah.
  • Ujian Penilaian Kelas Agama Petang untuk tahun 5. (khas)



CIRI-CIRI UTAMA
  • Guru-guru yang berkelayakan dan berpengalaman
  • Penekanan kurikulum dan ko-kurikulum yang mantap
  • Kemudahan infrastruktur yang sesuai
  • Pengkhususan terhadap pendidikan syabab & fatayat (ko-kurikulum)
  • Sistem penilaian menyeluruh (sistem pentaksiran pelajar MUSLEH)


JADUAL WAKTU
  7.30 -  7.40 pagi     : Perhimpunan dan doa
  7.40 -  2.00 ptg       :Waktu Pembelajaran
10.10 -10.30 pagi      : Rehat Tahap 1
10.40 -11.00 pagi      : Rehat Tahap 2
  1.00 -  1.30 ptg        : Solat Zohor Tahap 1
11.30 -  2.00 ptg        : Solat Zohor Tahap 2
  2.30 -  4.30 ptg        : Kelas Agama Petang (KAP) *pilihan  & MUMTAZ*tahun 6
4.30 – 5.00 ptg          : Solat Asar

MATA PELAJARAN
Bil.
Mata Pelajaran KBSR
Mata Pelajaran Agama
1.
Bahasa Melayu
Tilawah Al-Quran/Hafazan
2.
Bahasa Inggeris
Tajwid
3.
Matematik
Tulisan Jawi
4.
Sains
Bahasa Arab
5.
Kajian Tempatan
Akidah
6.
Kemahiran Hidup
Feqah
7.
Pendidikan Seni
Akhlak
8.
PJK
Sirah


PROGRAM KECEMERLANGAN
SRIAS telah menubuhkan jawatankuasa MUMTAZ yang terdiri dari kalangan guru-guru untuk mempastikan kecemerlangan murid dalam SPPM & UPSR


YURAN
Bil.
Perkara
Tahap 1 
1, 2 & 3
Tahap 2 
4, 5 & 6
1.
Pendaftaran Lama
50.00
50.00
2.
Pendaftaran Baru
100.00
100.00
3.
Yuran Bulanan
150.00
150.00
4.
Yuran Sem. 1 & 2
100.00
100.00
5.
Yuran Perpustakaan
10.00
10.00
6.
Yuran Peperiksaan
50.00
50.00
7.
Yuran Sukan
10.00
10.00
8.
Yuran Lembaran Kerja Khas (thn 6 shj)
40.00
9..
Yuran Syabab & Fatayat
-
50.00
10.
Yuran PIBG
20.00
20.00
11.
Yuran Takaful
3.00
3.00
12.
Yuran UPSR (thn 6 shj)
-
10.00
13.
Yuran SPPM
50.00
50.00
JUMLAH


SYARAT KEMASUKAN
  • Mengikut prosedur kemasukan
  • Lulus ujian kemasukan yang ditetapkan
  • Mengenal huruf rumi dan jawi
  • Boleh membaca Iqra’ dan Muqaddam
  • Tiada masalah disiplin
  • Berkemampuan dari segi kewangan (ibubapa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters