WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Selasa, 14 Ogos 2012

Sumbangan Ramadhan Untuk Palestin

 

IMG_0046

Isnin,13 Ogos 2012- Satu program khas telah diadakan di SRI As-Sa’idiyyah (SRIAS) sempena bulan Ramadhan yang mulia bagi membantu umat Islam di Palestin disamping usaha kita melalui senjata utama iaitu DOA.

Pihak SRIAS telah mengumpulkan semua kakitangan dan semua murid di Surau Al-Amin, Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah bagi menjayakan  Majlis Menyampaikan Sumbangan Rayuan Ramadhan untuk umat Islam di Palestin. Hasil usaha murni selama lebih kurang  seminggu di SRIAS, sumbangan lebih kurang sebanyak RM 1 700.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Tujuh Ratus) dapat dikumpulkan. Hasil sumbangan telah disampaikan oleh Mudirah SRIAS, Mlmh Norhayati binti Baharum kepada pihak Aqsa Syarif Negeri Sembilan iaitu En. Hasri bin Wazir yang juga merupakan Pengerusi PIBG SRIAS.

Majlis ini juga turut dihadirkan bersama Imam Muda Ra’ed yang juga merupakan Al-Hafiz (hafiz Al-Qur’an). Majlis diisi dengan aluan pengerusi majlis oleh Mlm Nor Ariff Irwantoo, aluan dan ucapan wakil Aqsa Syarif, dan perkongsian pengalaman dari dunia Palestin daripada Imam Muda Ra’ed.

 

IMG_0066

Mlm Nor Ariff Irwantoo mempengerusikan majlis.

 

vlcsnap-2012-08-14-08h21m39s32

Ucapan daripada wakil Aqsa Syarif, En Hasri bin Wazir

 

IMG_0077

Imam Muda Ra’ed menyampaikan ucapan dan pengalaman di tanah airnya, Palestin dalam Bahasa Arab dan Inggeris. Pengerusi majlis, Nor Ariff Irwantoo sedia menterjemahkannya.Syabas…..

 

IMG_0080

Pelajar SRIAS dari Kelab Nasyid dan Kompang menghiburkan majlis.

 

IMG_0094

Semangat yang keluar dari persembahan pelajar SRIAS, Imam Muda Ra’ed mengambil peluang memdendangkan Qasidah alunan Palestin.

 

IMG_0102

Tanda terima sumbangan dari pihak SRIAS oleh Mlmh Norhayati kepada Imam Muda Ra’ed untuk Palestin.

 

IMG_0114

Imam Muda Ra’ed berpeluang menyambut Aidilfitri di Malaysia. Sumbangan daripada wakil Aqsa Syarif satu set baju melayu oleh En. Hasri bin Wazir.

 

IMG_0121IMG_0123

Sesi lawatan sekitar SRIAS.

 

IMG_0127

Guru-guru bergambar kenangan bersama Imam Muda Ra’ed.

 

IMG_0130IMG_0132IMG_0136IMG_0152IMG_0166IMG_0171

Sesi beramah mesra dengan warga SRIAS.

 

Z-Aqsa Syarif ke Melaka

Bergambar kenangan untuk menyerahkan kepada pihak Aqsa Syarif Melaka dan bergerak ke destinasi seterusnya, dan diraikan oleh orang Melaka pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters