WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Sabtu, 22 Oktober 2011

Notis Tender Kantin

10.0

Dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah membuka tender kantin kepada warganegara Malaysia yang berminat mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh bermula 1 Januari 2012 hingga 30 Disember 2012.

Berikut adalah maklumat sekolah untuk kendalian kantin;

Bilangan pelajar :  450 orang

Bilangan guru dan kakitangan :  42 orang

Masa operasi :  6.30 pagi hingga 6.00 petang

Berikut adalah syarat-syarat permohonan;

1- Warganegara Malaysia

2- Memiliki syarikat yang berdaftar

3- Memiliki akaun semasa atas nama syarikat byang berdaftar

4- Memiliki sijil kursus pengendalian makanan / Pensijilan Halal

5- Lampiran lesen perniagaan

6- Bayaran RM100(seratus) (bagi setiap permohonan tender)

Pemohon hendaklah menghantar profil syarikat beserta sebut harga makanan ke pejabat sekolah sebelum atau pada 18 November 2011. Permohonan yang tiada mendapat maklum balas dalam tempoh 20 hari selepas tarikh permohonan ditutup adalah dikira gagal. Keputusan adalah muktamad dan permohonan baru hanya akan dibuka pada tahun berikutnya.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi talian 06-6789045

Syarat-syarat kepada pengusaha kantin yang berjaya;

1- Sewa bulanan RM1 000.00 (satu ribu) termasuk bil elektrik dan air

2- Sumbangan tetap kepada sekolah dengan kadar berpatutan

3- Tidak dibenarkan menjual makan ringan/jajan (junk food)

4- Tidak membawa kanak-kanak ke dalam premis kantin

5- Kebersihan ;

- Meja dan lantai hendaklah dibersihkan setiap kali selepas pelajar tahap 1 dan tahap 2 selesai rehat

- Lantai hendaklah dimop setiap hari

- Longkang di sekeliling hendaklah sentiasa bersih

- Makanan hendaklah sentiasa ditutup

- Kawasan penyediaan makanan hendaklah sentiasa dalam keadan bersih

- Penyediaan makanan yang berkhasiat bagi tumbesaran kanak-kanak

- Pengendali makanan mestilah memakai sarung tangan

- memulakan tugas dengan bacaan doa agar mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T.

- Sentiasa mematuhi perintah ALLAH dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan

- Tidak dibenarkan memasang muzik

6- Etika berpakaian;

- Lelaki : Berpakaian kemas / memakai kasut

: Sentiasa memakai penutup kepala dan apron

- Wanita : Berpakaian menutup aurat (  baju labuh menutup punggung, tidak ketat dan bertudung hingga paras dada)

: Sentiasa memakai kasut dan apron

PERINGATAN : Pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak dengan serta-merta sekiranya syarat-syarat

yang telah dipersetujui tidak dipatuhi.

1 ulasan:

free counters