WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Ahad, 11 September 2011

Program Mohon Restu Menjelang UPSR

00001 

Program Mohon Restu dirancang adalah bagi meniup semangat juang dan azam yang tinggi kepada murid-murid tahun 6 untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR kelak.

Disamping semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT di atas ilmu yang diperolehi, memohon dihalalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan semua guru, menyuntik semangat dan kekuatan mentaliti serta emosi pelajar untuk menghadapi UPSR dan memberi penghargaan kepada semua murid yang tidak jemu berjuang untuk meraih kecemerlangan.

Program akan dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut;

HARI / TARIKH     :  ISNIN / 12 SEPTEMBER 2011

MASA                  :  8.30 PAGI – 11.00PAGI

TEMPAT              :  DATARAN SRIAS

*perasmian majlis oleh cikgu kamaruzzaman bin taib (lps srias)

Semua ibu bapa / penjaga murid tahun 6

dialu-alukan hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters