Sabtu, 24 September 2011
Isnin, 19 September 2011
Majlis Sambutan Aidil Fitri 2011
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah akan mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri sebagaimana ketetapan berikut;
Tarikh : 23 September 2011 / 25 Syawal 1432 (Jumaat)
Masa : 7.30 Pagi hingga 12.00 Tengah hari
Tempat : Perkarangan SRIAS
Sehubungan dengan itu, semua pelajar SRIAS dibenarkan memakai pakaian raya;
Lelaki (Banin) : Baju Melayu dan bersongkok
Perempuan (Banat) : Baju kurung @ Jubah dan bertudung kemas
Sabtu, 17 September 2011
Si Comel Ke SRIAS
Warga SRIAS telah dilawati Si Comel dari Majalah Kuntum tempoh hari. Lawatan tersebut telah disiarkan dalam Majalah Kuntum Edisi September 2011. Bagi murid-murid SRIAS yang belum memilikinya, masih berpeluang mendapatkannya dipasaran.
Isnin, 12 September 2011
Semoga Beroleh Kejayaan
Ahad, 11 September 2011
Cuti Bergilir Sempena UPSR 2011
| BIL | HARI | TARIKH | BERCUTI | BERSEKOLAH |
| 1 | ISNIN | 12/9/2011 | Semua Bersekolah | Semua Bersekolah |
| 2 | SELASA | 13/9/2011 | tahun 2 , 4 , 5 | tahun 1 , 3 , Pra |
| 3 | RABU | 14/9/2011 | tahun 1 , 3 , Pra | tahun 2 , 4 , 5 |
| 4 | KHAMIS | 15/9/2011 | tahun 2 , 4 , 5 | tahun 1 , 3 , Pra |
| 5 | JUMAAT | 16/9/2011 | CUTI UMUM | HARI MALAYSIA |
Program Mohon Restu Menjelang UPSR
Program Mohon Restu dirancang adalah bagi meniup semangat juang dan azam yang tinggi kepada murid-murid tahun 6 untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR kelak.
Disamping semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT di atas ilmu yang diperolehi, memohon dihalalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan semua guru, menyuntik semangat dan kekuatan mentaliti serta emosi pelajar untuk menghadapi UPSR dan memberi penghargaan kepada semua murid yang tidak jemu berjuang untuk meraih kecemerlangan.
Program akan dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut;
HARI / TARIKH : ISNIN / 12 SEPTEMBER 2011
MASA : 8.30 PAGI – 11.00PAGI
TEMPAT : DATARAN SRIAS
*perasmian majlis oleh cikgu kamaruzzaman bin taib (lps srias)
Semua ibu bapa / penjaga murid tahun 6
dialu-alukan hadir.
