WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Sabtu, 19 Februari 2011

SRIAS di Akhbar Harian Metro

SEREMBAN: Pembabitan golongan muda dalam kegiatan tidak sihat mendorong Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah (Srias) Paroi, memperhebatkan program pembinaan sahsiah diri murid.
Guru Besar SRIAS, Norhayati Baharom berkata, antara program dijalankan secara berterusan Amal Islami yang memfokuskan kepada penghayatan murid terhadap ajaran Islam.



Menurutnya, sebagai generasi pewaris masa depan murid perlu diberikan bimbingan seimbang dari segi kerohanian supaya mampu berdepan pelbagai cabaran globalisasi dan mempunyai daya saing serta daya tahan yang tinggi.
“Apatah lagi ketika ini pelbagai gejala sosial berlaku sering dikaitkan dengan golongan muda, justeru usaha mendedahkan mereka dengan nilai kerohanian diyakini mampu membentuk mereka menjadi insan berguna.

“Ini antara penekanan diberikan Srias bagi memastikan murid sekolah ini mendapat pendidikan sempurna dan mampu membina masa depan gemilang,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Kokurikulum SRIAS di Pusat Sukan Paroi, baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Penyelaras Kafa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mansor Abu Bakar yang menyampaikan hadiah.

Program sehari bertemakan Minda Kreatif Fizikal Aktif itu disertai 543 murid prasekolah hingga tahun enam.

Lawati Harian Metro ,Jumaat 18 Februari 2011
http://www.hmetro.com.my/articles/Sriasperhebatprogrampembinaansahsiahdiri/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters