WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Rabu, 29 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

0 ulasan
Suasana Sambutan Hari Raya Aidilftri di mana-mana masih meriah diraikan. Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah juga tidak melepaskan peluang ini untuk memeriahkan lagi bulan yang mulia ini semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.


Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan neraikannya pada hari Sabtu ini sebagaimana makluman edaran surat kepada anak-anak tuan serta dilampirkan di bawah.



18 Syawal 1431 H
27hb. September 2010

Ibu bapa / Penjaga
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah


Assalamualaikum Wrt. Wbt

Tuan/Puan,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA. 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah SRIAS akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri seperti maklumat di bawah:

            Tarikh :           2hb. Oktober, 2010  ( 23 Syawal 1431H)               
            Hari                 : Sabtu           
            Tarikh :            7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
            Tempat           : Perkarangan SRIAS
Penyertaan     : Semua guru, murid dan kakitangan SRIAS.
            Pakaian           : Lelaki           =  Baju Melayu (hari raya) dan berkasut.
Perempuan   =  Baju kurung/jubah, bertudung(hari raya)      dan berkasut.       

3.                  Sehubungan dengan itu majlis sambutan hari raya ini di kira sebagai sekolah ganti  pada 14 hb September 2010 yang lalu..

4.         Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk makanan.

Segala  kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.


Yang menjalankan amanah,

NORHAYATI BINTI BAHARUM
Guru Besar Sekolah Rendah Islam As-Sai’diyyah

Selasa, 28 September 2010

MAJLIS TAKLIMAT GURU PENGAWAS UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2010

0 ulasan
Majlis taklimat ini dianjurkan oleh pihak 
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
bagi kelancaran perlaksanaan UPKK.
Majlis tersebut akan dihadiri seramai lebih kurang 300 orang guru KAFA sekitar Negeri Sembilan sebagaimana ketetapan berikut:

TARIKH   :   29 SEPTEMBER 2010 (RABU)
MASA   :   2.00 PETANG
TEMPAT   :   
DEWAN 
SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA'IDIYYAH
TAMAN RASHIDAH UTAMA
70450 SENAWANG.

Dilampirkan juga surat daripda JHEAINSDK.

Rabu, 22 September 2010

PENDAFTARAN MURID SESI 2011 KINI DIBUKA!

0 ulasan
Pendaftaran murid untuk sesi 2011 kini dibuka. Ibubapa yang mempunyai anak untuk kemasukan kelas PRA dan darjah Satu dialu-alukan mendaftarkan diri.

Rabu, 15 September 2010

MAJLIS KHATAM QUR'AN DAN SUMBANGAN HARI RAYA

0 ulasan
JUMAAT,3 SEPTEMBER 2010.
DATARAN SRIAS.

MAJLIS KHATAM QUR'AN DI BULAN RAMADHAN 1431 H.
Mu'allim Ariff Irwantoo bersama dengan beberapa murid lelaki tahun 6 memimpin bacaan surah-surah lazim sempena khatam Qur'an.

BACAAN YASIN DAN MAJLIS IFTAR

0 ulasan
Program ini dijalankan pada setiap tahun sebagai satu wadah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru,murid dan ibu bapa.
Bagi mengimarahkan lagi suasana , program ini akan dimulai dengan bacaan Yaasin sebagai persediaan untuk
murid tahun 6 menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan datang.

IRAMA MERDEKA

0 ulasan
PADA HARI ISNIN, 30/08/2010 DI PERHIMPUNAN PAGI,
MURID-MURID DARI KELAS PRA TELAH MEMPERSEMBAHKAN
NYANYIAN MERDEKA DAN SAJAK.



PENUH SEMANGAT DAN BERGAYA....
free counters