WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Rabu, 29 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Suasana Sambutan Hari Raya Aidilftri di mana-mana masih meriah diraikan. Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah juga tidak melepaskan peluang ini untuk memeriahkan lagi bulan yang mulia ini semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.


Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan neraikannya pada hari Sabtu ini sebagaimana makluman edaran surat kepada anak-anak tuan serta dilampirkan di bawah.



18 Syawal 1431 H
27hb. September 2010

Ibu bapa / Penjaga
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah


Assalamualaikum Wrt. Wbt

Tuan/Puan,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA. 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah SRIAS akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri seperti maklumat di bawah:

            Tarikh :           2hb. Oktober, 2010  ( 23 Syawal 1431H)               
            Hari                 : Sabtu           
            Tarikh :            7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
            Tempat           : Perkarangan SRIAS
Penyertaan     : Semua guru, murid dan kakitangan SRIAS.
            Pakaian           : Lelaki           =  Baju Melayu (hari raya) dan berkasut.
Perempuan   =  Baju kurung/jubah, bertudung(hari raya)      dan berkasut.       

3.                  Sehubungan dengan itu majlis sambutan hari raya ini di kira sebagai sekolah ganti  pada 14 hb September 2010 yang lalu..

4.         Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk makanan.

Segala  kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.


Yang menjalankan amanah,

NORHAYATI BINTI BAHARUM
Guru Besar Sekolah Rendah Islam As-Sai’diyyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters