WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Khamis, 18 November 2010

Majlis Ihtifal SRIAS 2010

Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah telah diadakan pada Hari Isnin, 15 November 2010 yang lepas. Majlis bermula seawal jam 8.00pagi.

Majlis telah dipengerusikan oleh Mu'allim Syafrudin dan di bantu oleh Mu'allimah Farihah.



Anugerah Kecemerlangan Kelas Agama dan Fardhu 'Ain (KAFA) disampaikan pada sebelah pagi.


Antara murid-murid yang menerima kecemerlangan kelas KAFA.


Penyampaian Sijil Tamat Pra-sekolah kelas Pra Asy-Syatir


Murid-murid kelas PRA ASY-SYATIR bersama dengan guru kelas.
(Mu'allimah Azlin dan Mu'allimah Norizan).


Ammar Azizi bin Hasri selaku ketua murid memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an.


Tetamu VIP dan hadirin-hadirat yang datang.


Ucapan Aluan Mu'allimah Norhayati binti Baharum, Guru Besar SRIAS.

Ucapan Aluan En. Hasri bin Wazir, Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRIAS.


Ucapan perasmian Ihtifal oleh Prof. Madya Badlishah Sham bin Baharin,
Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat pendidikan As-Sa'idiyyah.

Persembahan nasyid daripada kumpulan Nadil Wasitiyah bertajuk Assalamu'alaikum.


Anugerah Kecemerlangan yang disampaikan pada malam tersebut.

Persembahan Bahasa Arab oleh pelajar tahun 4  bertajuk Madrasati.


 Anugerah Kecemerlangan Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 . 
Seramai sepuluh orang yang mendapat 5A.
Dari kanan;
Muhammad Nur Arif bin Ishak, Muhammad Na'im bin Saidan, Imad bin Azizan, Ammar Azizi, Iffah An-Nisa Azhar, Balqis Nabilah Mohd Salimin, Faihaa Arifah Md Amir, Nurbillah Azaman, Nur Nadiah Muhamad Zaki dan Hafni Pohan bte Aslan Pohan (tiada dalam gambar).


Anugerah Tokoh Pelajar.
dari kanan;
*Tokoh TKRSM (L)- Muhammad Axlauddin Sufien
*Tokoh Murid (L)- Muhammad Nur Arif Ishak
*Tokoh Hafiz- Ammar Azizi Hasri
*Tokoh TKRSM (P)- Iffah An-Nisa Azhar
*Tokoh Hafizah - Faihaa Arifah Md Amir
*Tokoh Murid (P) - Nur Nadiah Muhamad Zaki
*Tokoh Usahawan Muda- Aimi Shamimi Azman

Majlis berjalan dengan lancar sekalipun pada awal majlis sebelah malam hujan lebat. Semoga dengan berlangsungnya majlis ini menjadi pemangkin kepada anak didik As-Sa'idiyyah untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat prestasi yang cemerlang dari akhlak(adab), sahsiah dan akademik.
Majlis selesai pada jam 10.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

free counters