WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Khamis, 27 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU

0 ulasan
SRIAS,21 MEI 2010 - Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya,الحمدلله . Seawal jam 7.30 pagi hari Jumaat, warga SRIAS telah berhimpun di dataran. Majlis telah dipengerusikan oleh Mu'allimah Noor Yati bte Hamdan. 

Mu'allimah Noor Yati mempengerusikan majlis.


Watikah Hari Guru oleh Mudirah, Mu'allimah Norhayati Baharum.

    Adik Mus'ab memperdengarkan bacaan Al-Qur'an
 

Ketua Murid, adik Ammar Azizi bin Hasri menyampaikan ucapan wakil murid. 

Ikrar Guru

Persembahan nasyid dari murid

Persiapan tayangan video dan ceramah motivasi oleh Mu'allim Syafrudin.
Ada soalan kuiz...cepat jawab,ada hadiah tu......

Murid-murid tengah khusyuk menonton tayangan dan mendengar ceramah.

Acara pertandingan mewarna tahap satu.

Mencipta kad ucapan Hari Guru kreatif bagi murid-murid tahap 2.

Guru-guru menanti acara cabutan bertuah.....siapa yang bertuah ya?!

Wah...dapat pada Mu'allim Syafrudin....tapi yang Saguhati. 
Yang di bawah ni baru hadiah cabutan bertuah yang besar punya...

Mu'allimah yang dapat! Ni Mu'allimah Noorerdawati.
Rezeki hadiah cabutan bertuah,rupanya bakal menimang cahaya mata.
Tapi......anak yang ke berapa ya?!!

Kek-kek buat MU'ALLIMIN wal MU'ALLIMAT

Wajah guru-guru tahun 2010 / 1431
Taburkan bakti dengan ikhlas.....

Staf-staf yang banyak membantu melancarkan perjalanan sekolah.

Majlis selesai pada jam 12.15 tengahari.
Bagi yang lelaki ada tanggungjawab seterusnya, laksanakan solat Jumaat.
Syukur, program bergerak dengan lancar.
ألحمدلله


Khamis, 13 Mei 2010

Apakah Peranan Anda Dalam Menangani Gejala Disiplin Murid?

0 ulasan
Bersama Menangani Gejala Disiplin Murid
JIKA ANDA SEORANG IBU/BAPA
Peranan anda terhadap anak
Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak terutama ibu. Kasih sayang boleh mengikat hati anak-anak di rumah. Salah laku lazimnya berlaku di luar rumah terutama jika jauh dari pantauan ibu. Ibu bapa hendaklah:



  • Mengawasi pergerakan dan aktiviti anak selepas waktu sekolah
  • Menasihati anak yang mula menampakkan penyelewengan
  • Memberi kemudahan anak mengikut kegiatan ko-kurikulum
  • Membelikan bahan bacaan yang bermanfaat
  • Mengawal kegiatan mengakses internet
  • Cari masa untuk mendengar masalah anak
  • Perihatin terhadap prestasi pembelajaran anak di sekolah
  • Semua keluarga bertemu ketika makan
Peranan terhadap guru anak anda
Anda harus memberi kepercayaan penuh kepada guru untuk mendidik si anak. Mereka telah diberi kemahiran untuk berbuat demikian. Sokongan hendaklah diberikan berterusan hingga anak itu dewasa. Ibu bapa dan guru bertukar ganti mengambil alih tugas mendidik anak pada nisbah 60:40. Ibu bapa jua hendaklah:


  • Mengenali guru kelas anak dan berinteraksi dengan mereka
  • Beri peluang guru menjatuhkan hukuman ringan kepada murid yang membuat salah
  • Melibatkan diri dalam kegiatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  • Menghargai guru
JIKA ANDA SEORANG MURID
Peranan terhadap ibu bapa
Hormati ibu bapa. Ibu bapa telah mendidik anda dengan penuh perhatian dan kasih sayang yang optimum, jadi balaslah jasa mereka. Buatlah baik pada ibu bapa, nanti anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. Bila anak sibuk untuk berbakti kepada ibu bapa, masa untuk terjebak dengan jenayah akan berkurangan. Anak-anak juga hendaklah:
  • Taat dan patuh kepada ibu bapa
  • Bertindak pantas apabila diarahkan ibu bapa
  • Mengikut nasihat ibu bapa
  • Diwajibkan melapor kegiatan harian kepada ibu bapa
  • Menyenangkan hati ibu bapa
  • Minta nasihat dan pendapat ayah/ibu
Peranan terhadap guru
Kenanglah jasa guru. Guru adalah untuk disayangi, bukan dibenci, untuk disanjung, bukan dikeji. Sepatah ajaran guru mungkin telah merubah kemajuan dan kecemerlangan diri kita. Kenapa mesti kita nodai kejayaan ini dengan kegiatan salah laku yang merosakkan diri kita sendiri? Ingatlah jasa guru. Seorang murid hendaklah:
  • Menghormati guru
  • Anggap guru sebagai ibu bapa kedua
  • Rujuk guru dalam semua hal
  • Ikut nasihat guru
  • Selalu memberi khidmat dan membantu guru
  • Buang anggapan "Guru hendak menyusahkan kita" sebaliknya "Guru hendak mendidik kita"
JIKA ANDA SEORANG GURU
Peranan anda terhadap murid
Didiklah murid secara lebih tersusun dan terarah. Jangan terlalu menekan dari segi kecemerlangan akademik hingga meninggalkan kecemerlang sahsiah. Berperananlah sebagai ibu bapa kedua kepada murid. Anda berfungsi melahirkan insan bukan robot. Guru juga hendaklah:
  • Memerhati murid walaupun selepas waktu sekolah
  • Lebihkan masa dengan aktiviti ko-kurikulum
  • Beri tumpuan lebih di dalam kelas terhadap murid bermasalah
  • Memberi kaunseling murid yang bermasalah
  • Anggap murid sebagai anak sendiri
  • Libatkan murid dengan hobi yang positif
Peranan anda terhadap ibu bapa murid
Jangan memandang rendah terhadap latar belakang ibu bapa yang kurang bernasib baik. Murid dari keluarga demikian harus ditangan sewajarnya. Beri motivasi dan panduan. Bagi kata semangat, "anak anda harus membuka lembaran baru dalam mencapai sejarah keluarga". Guru juga hendaklah:
  • Melaporkan kemajuan pelajaran murid
  • Melaporkan perkembangan sahsiah murid
  • Membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan mendidik anak
  • Mengenali ibu bapa murid
  • Fahami dan cuba cungkil kerjaya ibu bapa
  • Beri kaunseling dan letak harapan kepada ibu bapa yang telah kecewa dengan salah laku anak mereka
PERANAN MASYARAKAT
Generasi muda merupakan penyumbang kepada tenaga penggerak masyarakat den negara masa akan datang. Murid adalah komponen masyarakat yang termuda dan masih mentah. Sebab itu bimbingan dan pemantauan terhadap mereka sangat dikan. Antaranya:
  • Ambil perhatian jika melihat perkara yang tidak betul kepada anak jiran anda
  • Mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat
  • Mengelak aktiviti kemasyarakatan yang memudaratkan
  • Gerakkan aktiviti peringkat taman, kamping, sarau dan masjid
  • Wujudkan aktiviti kanak-kanak
  • Hapuskan jurang antara generasi muda dan tua
  • Beri bimbingan dan harapan kepada golongan muda yang terpesong untuk berubah
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Isnin, 10 Mei 2010

SELAMAT MENEMPUH MINGGU PEPERIKSAAN

0 ulasan
10 MEI 2010 HINGGA 14 MEI 2010 
merupakan minggu murid-murid warga SRIAS
menghadapi PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA 2010.

Guru-guru (Mu'allim dan Mu'allimah) mengucapkan ;



Juga didoakan semoga sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Rabu, 5 Mei 2010

MINGGU UJIAN LISAN DAN ULANGKAJI

0 ulasan
3 hingga 7 MEI 2010 merupakan minggu  UJIAN LISAN bagi 
Tilawah Al-Qur'an, 
Hafazan,
Bahasa Melayu,
Bahasa Arab 
dan 
Bahasa Inggeris
serta minggu ulangkaji 
untuk murid-murid SRIAS. 
Guru-guru (Mu'allimin dan Mu'allimat) mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Semester Pertama Tahun 2010.
Didoakan semoga dapat menjawab dengan jayanya dan beroleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat serta menjadi anak didik yang soleh dan solehah.
free counters