Kini SRIAS mengorak langkah menyahut seruan daripada sabda Nabi Muhammad SAW ;“Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.” Maklumat lanjut, ibubapa penjaga boleh dapatkan dengan masuk ke E-WARIS(sila klik untuk masuk).
Sabtu, 23 April 2011
Rabu, 20 April 2011
Sabtu, 9 April 2011
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
السلام عليكم
Ibu bapa penjaga murid Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah yang dihormati,
Sebagaimana yang sedia maklum, pihak pengurusan sekolah telah menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) berkuat kuasa tahun ini. (SPS) merangkumi:
-Perkhidmatan telah aktif.
*Pendaftaran pelajar
*Semakan pendaftaran
*Laporan akademik
-Perkhidmatan yang belum aktif (dalam proses). (إن شاء الله akan dimaklumkan nanti).
*Laporan yuran
*Laporan hafazan
*Laporan kedatangan
*Laporan disiplin
Untuk makluman, berikut adalah langkah-langkah untuk masuk ke (SPS).
1- Layari ke Laman Web SRIAS di ; www.srias-saidiyyah.edu.my
2-Masuk ke pautan E-WARIS dan tekan pada masuk(Log in)
3-Pilih sekolah (pra atau sekolah rendah) dan masukkan nombor kad pengenalan penjaga.
Ibu bapa penjaga kini dapat memantau perkembangan anak di SRIAS secara online. Selanjutnya...
Rabu, 6 April 2011
Sumbangan Untuk Hari Keluarga SRIAS
Pihak Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah SRIAS di atas pengurusan Kelab Muwadzafin (Kelab Guru) bercadang akan mengadakan Hari Keluarga sebagaimana ketetapan berikut ;
Tarikh : 14 hingga 15 Mei 2011 (Sabtu hingga Ahad)
Tempat : Corus Paradise Resort, Port Dickson
Penganjuran Hari Keluarga SRIAS ini adalah merupakan satu acara tahunan. Dengan adanya program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan meningkatkan kerjasama antara warga SRIAS. Adalah menjadi harapan semoga program ini dapat berjalan dengan lancar.
Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan kepada yang ingin memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.
Sumbangan bolehlah disalurkan atas nama akaun;

KELAB MUWADZAFIN AS-SAIDIYYAH
NO.AKAUN BANK ISLAM : 05012010046024
Keterangan dan pertanyaan bolehlah hubungi ;
*Mlmh nurul Farihah binti Alias -
No.Tel : 012-299 4286 Emel : farihah@srias-saidiyyah.edu.my
*Mlmh Noorerdawati binti Harun -
No.Tel : 019-632 8921 Emel : erdawati@srias-saidiyyah.edu.my
Di atas kerjasama dan sokongan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Isnin, 4 April 2011
Majlis Persaraan Mu'allim Ali
Mu'allim Ariff Irwantoo selaku Pengerusi Kelab Muwazzdofin diiringi Mu'allimah Norhayati menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada yang diraikan Mu'allim ali bin Abu Bakar.
Selanjutnya sila ke sini...
Langgan:
Catatan (Atom)