Dimaklumkan
bahawa pihak pengurusan akan mengadakan perkhemahan luaran untuk murid Tahun 4,
5, dan 6 pada 29hb. hingga 31hb. Oktober 2010 di Kem SriPilah, Sri Menanti.
Oleh yang demikian, sekolah akan bercuti pada hari Isnin ( 1hb. November
2010 ).
Sehubungan itu, kelas KAFA pada hari Jumaat
( 29hb. Oktober 2010
) akan dibatalkan kerana memberi
laluan kepada program perkhemahan.
2. Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah ( SRIAS ) akan mengadakan program Perkhemahan Luaran untuk murid Tahun 4, 5, dan 6 seperti maklumat berikut :
Tarikh : 29, 30, dan 31hb. Oktober 2010
Masa : 3.30 petang ( Jumaat ) hingga 12.30 tengah hari ( Ahad )
Tempat : Kem SriPilah, Sri Menanti, Kuala Pilah.
3. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid hidup bermasyarakat dan mengaplikasikan kemahiran TKRSM. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah :
i. Ceramah, Kuiz, dan Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK )
ii. Khidmat Masyarakat bersama JKKK Sri Menanti
iii. Jungle Trekking dan Aktiviti Tahan Lasak
iv. Aktiviti Berkumpulan
v. Melawat Muzium Sri Menanti
4. Sehubungan itu, anak tuan / puan diminta untuk membayar sebanyak RM10.00 seorang bagi menampung kos program. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk makanan daripada pihak tuan / puan.
Segala kerjasama daripada pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.