WEB

WEB
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog SRI As-Sa'idiyyah, Seremban - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-6771197 atau emel di alamat ; admin@srias-saidiyyah.edu.my

Khamis, 28 Oktober 2010

CUTI PERISTIWA SEMPENA PERKHEMAHAN LUARAN

0 ulasan
KEPADA               : Ibu bapa / Penjaga Murid SRIAS
Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan akan mengadakan perkhemahan luaran untuk murid Tahun 4, 5, dan 6 pada 29hb. hingga 31hb. Oktober 2010 di Kem SriPilah, Sri Menanti. Oleh yang demikian, sekolah akan bercuti pada hari Isnin ( 1hb. November 2010 ). Sehubungan itu, kelas KAFA pada hari Jumaat
( 29hb. Oktober 2010 ) akan dibatalkan kerana memberi  laluan kepada program perkhemahan.
Sekian, terima kasih. Harap maklum. 

Jumaat, 22 Oktober 2010

Penggunaan ONLINE di Portal (laman WEB) SRIAS

0 ulasan
السلام عليكم
Kepada ibubapa penjaga, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam As-Sa'diyyah,
ingin dimaklumkan bahawa penggunaan secara online di WEB SRIAS belum dapat digunakan sepenuh pada tahun ini.
Insya Allah, akan dilaksanakan penggunaannya pada tahun hadapan (2011) dan akan dimaklumkan sebelum sesi persekolahan 2011 bermula.

Khamis, 21 Oktober 2010

PROGRAM PERKHEMAHAN LUARAN TAHUN 4,5, dan 6

0 ulasan

Kepada,
Ibu bapa / Penjaga Murid
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah

Assalamualaikum wrt.wbt

Tuan,

PROGRAM PERKHEMAHAN LUARAN 2010
Perkara di atas mohon dirujuk.

2.             Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah ( SRIAS ) akan mengadakan program Perkhemahan Luaran untuk murid Tahun 4, 5, dan 6 seperti maklumat berikut :

                Tarikh                     : 29, 30, dan 31hb. Oktober 2010
                Masa                       : 3.30 petang ( Jumaat ) hingga 12.30 tengah hari ( Ahad )
                Tempat                  : Kem SriPilah, Sri Menanti, Kuala Pilah.

3.             Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid hidup bermasyarakat dan mengaplikasikan kemahiran TKRSM. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah :
                                i. Ceramah, Kuiz, dan Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK )
                                ii. Khidmat Masyarakat bersama JKKK Sri Menanti
                                iii. Jungle Trekking dan Aktiviti Tahan Lasak
                                iv. Aktiviti Berkumpulan
                                v. Melawat Muzium Sri Menanti

4.             Sehubungan itu, anak tuan / puan diminta untuk membayar sebanyak RM10.00 seorang bagi menampung kos program. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk makanan daripada pihak tuan / puan.

Segala kerjasama daripada pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan amanah,
NORHAYATI BINTI BAHARUM
Guru Besar Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah
free counters